" I am struggling with something that is controlling me under its power. It is very powerful, beyond my imagination, and I have never overcome once since the very beginning. I prayed a thousand of times; I have been trying my best to go away and get over it and still I am. In the end, it doesn't even matter because I believe in the future. One day ... one day, very soon, I am going to be a winner. It is the ghost inside of me. For some reason or another, I made it to act that way. For the same reason and in the same way, I will make it disappear." It inspires me. HSCHA.

Friday, January 4, 2013

Tahun Baru Suda..



Salam 2013..

Lama juga sy diam oowh..hihi..

Hari ini suda 4hari bernafas dalam tahun baru..syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan ruang kepada diri kita untuk mengecapi kehidupan di dunia ini..

Lembaran baru buku 2013..Setiap muka suratnya kosong. Dan kita akan mengisi setiap helaian muka surat  yang kosong ini. Mengisinya sendiri. Ya, sebanyak 30 hari setiap bab dan ada 12 bab kesemuanya. Banyak tu, dan kerana setiap hari adalah berbeza, aneka rencah hidup akan terisi dalam buku ini. Ada suka, gembira dan mungkin ada yang tidak habis-habisan ketawa. Tiba hari esok, barangkali tawa bertukar hiba. Yang disayangi barangkali mungkin pergi dan pergi buat selamanya. Atau yang dirancang tidak menjadi. Musnah segala impian. Hancur rasa hati. Begitulah hidup ini yang takkan pernah sama – for last year’s words belong to last year’s language. And next year’s words await another voice. And to make an end is to make a beginning – ni kata2 T.S Eliot dalam ‘Little Gidding’..

Dua ribu tiga belas..setahun lagi usia meningkat..lagi2 sy yang setiap kali bertukar tahun, maka usia juga bertukar..baru seja semalam..3hb januari adalah tarikh keramat dalam kalendar hidup sy..usia meningkat daripada anak kecil menjadi remaja, dewasa dan kemudian menjadi tua..sebelum berada ditahap dipanggil orang tua, ooh Tuhan..banyak sekali perkara yang harus sy lakukan. Pertama; sy harus buktikan kepada diri sendiri bahawa hari2 yang dilalui tidak akan sia2 begitu saja..siapa saya di mata orang tua saya, adik beradik sy, saudara2 saya, rakan taulan saya dan yang utama siapa sy di mata kekasih hati sy..sudah cukupkah apa yang sy miliki selama ini atau sy harus bekerja lebih keras untuk berada di tahap yang lebih selesa lagi? Apapun sy sentiasa bersyukur dengan apa yang sy perolehi sekarang..Cuma sy masih tidak berpuashati dengan apa yang sy perolehi..sy juga manusia biasa yang tidak pernah puas..dan sy sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya tidak tenggelam dengan kesenangan dalam dunia ini..

Hemm..kerana sy suda lama tidak mengupdatekan belog ini, maka dengan rajinnya saya menaip entri yang panjang pada kali ini. sebahagiannya sy selitkan disini beberapa ayat atau kata2 yang pernah diucapkan oleh beberapa artis terkenal dan berjaya..bah teruskan membaca..

Sebenarnya bukan untuk sy saja tapi untuk renungan bersama siapa2 yang rajin membaca..sharing is caring bah kn hihi..kita harus mencungkil bakat kita sendiri yang kita sendiri tidak pasti ada dalam diri kita. Mengasahnya supaya akan muncul sesuatu yang baru dalam diri kita..bak kata Jenifer Lopez “believe it or not, everyone has a talent. Some girls a lucky enough to have two or three talents. But then the question arises; what does one do with all that genius?”. Jadi bagi J.Lo, pada usia muda, dia suda tahu apa yang mahu dilakukan dan bersedia melakukan apa yang patut atau apa yang harus dilakukan..kini semua orang tahu tentang kejayaannya..maksud sy berjaya dalam bidang yang diceburinya..

Tiada yang mustahil dalam hidup ini. Ya, kalau belum ada apa jua dalam fikiran, tahun baru adalah masa yang sebaiknya untuk mengorak langkah dan memulakan sesuatu. Jikalau tahun lalu atau tahun2 yang suda lepas kita gagal mencapai apa2, jangan berhenti untuk mencuba lagi untuk tahun ini..Tuhan akan sentiasa merestui apa jua yang kita mahu buat. Yang penting kita mesti lakukan..Jika tahun lalu tiada azam, mengapa tidak mulakan saja azam baru? Atau sekiranya tahun sebelumnya kita telahpun berusaha keras tetapi masih tidak mencapainya, mungkin kita kena ubah sedikit cara kita..bak kata Puff Diddy; Good things don’t come to those who wait, or pray or rely upon the help of others. Good things come to those who work, and the harder you work, the more your mogul-factor goes up!..sebagai orang yang mempunyai agama, kita sulami lagi dengan doa supaya pintu rezeki untuk kita terbuka lebih luas. Ya, yang baik tidak terus datang ke ribaan kita. Kalau tidak berusaha bagaimana kita hendak berjaya..betul tak?.. si Puff Diddy cakap lagi; ‘lebih tinggi jawatanmu, pangkatmu, lagi banyak kerja yang menunggu, dan tanggungjwp pun berganda. Lalu untuk tidak sampai kamu pengsan membuat kerja berlebihan, simpan sedikait tenaga untuk hari esok dan lusa. Supaya kamu boleh terus memanjat terus, lebih tinggi dan tinggi lagi”..

Sy juga  belajar dan mempraktikan kata2 tip daripada Gwen Stefeni (anggota kumpulan No Doubt); “Sesudah kamu perolehi apa yang kamu mahu perolehi, ingat, jangan sesekali pula kamu berasa terlalu selesa dengannya. Cabar diri kamu dengan melakukan sesuatu yang kamu kurang arif, kerana dengan itu, katanya “you will always stay as sharp as the day you were born”..memang ada betulnya bukan?. ”Cheer to the new year and another chance for us to get the right”..ni kata2 daripada Oprah Winfrey pula..Ya, marilah kita sekalian berazam untuk sama2 mengubah hidup ini kepada yang lebih baik daripada yang terdahulu..

Seperti sy, sy berazam untuk mengubah keperibadian, kewangan, kesihatan dan ketakwaan kepada yang maha Esa..Change before you have to, or you may find out it is too late..

Happy New Year..peace..bye..

P/S: susah juga ni xda line..terpaksa save p microsoft word pastu mcm besa la paste untuk update hihi..pinjam line jiran ;)

No comments:

Post a Comment