" I am struggling with something that is controlling me under its power. It is very powerful, beyond my imagination, and I have never overcome once since the very beginning. I prayed a thousand of times; I have been trying my best to go away and get over it and still I am. In the end, it doesn't even matter because I believe in the future. One day ... one day, very soon, I am going to be a winner. It is the ghost inside of me. For some reason or another, I made it to act that way. For the same reason and in the same way, I will make it disappear." It inspires me. HSCHA.

Friday, March 9, 2012

preliminary..

salam,

biasanya hanya permulaan..
biasa berlaku dimana2..
bila suda gemuruh@gementar dan apabila disertai dengan perasaan malu, segan, takut dan macam2 lagi..masa tu la si 'gagap' ni muncul..hahaha..
sebenarnya saya teringat apabila ada sesuatu perkara yg baru hendak bermula atau dimulakan, perkara ini sering akan terjadi..bila suda tergagap-gagap, masa tu la akan tersasul bahasa..lucu bila dikenang..
saya dalam DSM 21 dan bergabung dengan DSM 22 menjadikan kami seramai 44 orang..kira agak ramai juga la apabila berkumpul dalam satu kelas..tapi biasanya teda hari yg dapat melengkapkn jumlah 44 orang dalam satu masa sebab mesti ada juga yang teda hadir kecuali apabila exam..tapi itu cerita lain..hadir atau tidak itu masalah mereka..
mau dijadikan cerita..satu hari ni kelas baru bermula..biasala kn mesti bermula dengan sesi memperkenalkan diri..bagitau nama, asal mana,umur berapa, apa tujuan datang dan mcm2 lagi pertanyaan yang wajib dijawab..
yang lucunya apabila sampai giliran housemate saya..bila ditanya pasal hobi buli2 pula dia jawab hobi dia berjoging..walhal suda dekat 2 tahun disini saya dan teman2 nda pernah nampak dia p joging..haha..sebabkan kena gelak dia malu2 dan cover cerita dia joging masa org lain sedang tidur..apalagi..kami terus ketawa sampai ke telinga ni mulut hahahha...
yang sorang teman ni pula bila ditanya pasal hobi dia jawab hobi dia memasak..kes ni lebih kurang sama dengan teman tadi..mana pernah dia memasak hahhaha..kalau dia cakap hobi dia makan mungkin tepat sikit la..hihi..
apapun semua yang berlaku hanya permulaan dan akan berubah sedikit demi sedikit..segala mcm perasaan malu atau segan akan hilang bila semua suda mula rapat..tapi kalau sentiasa berkeyakinan teda masalah ba..kalau dari mula tunjukkan diri tu berkeyakinan, penghujungnya suda tentu orang akan melihat diri kita sentiasa berkeyakinan..
dan hari ini saya ada test..saya fikir saya mampu kerana saya seorang yang berkeyakinan..ceh!..

teringat suatu masa dahulu..masa PBT 2000 (Perhimpunan Belia Tahun 2000), yang mana mengumpulkan para belia seluruh sabah seramai lebih 5000 peserta (tidak termasuk bukan peserta dan orang ramai)..saya dicabar oleh peserta dari kontingen saya sendiri untuk menaiki pentas untuk share kan sesuatu..saya tak tau napa kaki saya ringan saja melangkah naik pentas dan bila saya berhadapan dengan peserta..saya rasa kagum sebab ada lebih 5000 tangan sedang melambaikan tangan ke arah saya..hampir saya mau pengsan dan yang saya ingat perkara yang saya share dengan mereka semua 'Aku Bukan Budak Jahat'..dan sampai sekarang begitulah prosesnya..saya bukan mau dilayani, dikasihani atau meraih simpati..saya cuma mau dihormati. namun begitu la fitrah manusia kan..lebih dikenali dengan sifat buruknya daripada dikenali kerana kebaikkannya..tapi saya sentiasa ingat dan yakinkan diri bahawa semua tu hanya satu proses..proses yang wajib dilalui oleh seseorang walau siapapun dia...abis suda..saya mau study lepas ni sbb petang ni saya ada paper test...babai..

p/s: kecederaan fizikal boleh diubati, tetapi tidak kecederaan emosi...

No comments:

Post a Comment