" I am struggling with something that is controlling me under its power. It is very powerful, beyond my imagination, and I have never overcome once since the very beginning. I prayed a thousand of times; I have been trying my best to go away and get over it and still I am. In the end, it doesn't even matter because I believe in the future. One day ... one day, very soon, I am going to be a winner. It is the ghost inside of me. For some reason or another, I made it to act that way. For the same reason and in the same way, I will make it disappear." It inspires me. HSCHA.

Monday, March 19, 2012

karnival

salam,

sakit badan baru bangun..hihi..semalam balik, mandi,discuss sikit dgn kumpulan mengenai tugasan2 yang belum disiapkan dan saya terus masuk tidur..
..2 hari yang agak memenatkan..saya menjadi wakil kepada kolej dan terlibat dalam karnival pendidikan yang dianjurkan oleh MARA di Dewan Merdeka, PWTC sepanjang 2 hari yang bermula 17hb dan berakhir 18hb iaitu kelmarin (sini urg cakap semalam)..penat dari pagi sampai petang..org ramai tidak putus2 datang untuk menyaksikan karnival yang dijayakan bersama 500 buah institusi pengajian tinggi (IPTA/S) termasuk universiti2 terkemuka seluruh negara bersama dengan 280 buah syarikat yang ingin mengambil pekerja baru..bagi saya sudah menjadi tanggujwb untuk mempromosikan bidang pendidikan kepada golongan belia terutamanya lepasan SPM agar tidak tercicir dalam pelajaran selepas mereka tamat SPM..membantu mereka menentukan halatuju selepas tamat SPM.sama ada mahu teruskan pengajian ataupun terus bekerja, itu terpulang kepada mereka..walaupun saya dibawah tajaan PTPTN namun jemputan yang diberikan oleh pihak MARA saya terima dengan hati yang terbuka..sbb saya fikir peluang yang jarang mcm ni tidak bagus kalau dilepaskan..syukur la sbb semua program berjalan lancar sepanjang 2 hari ni..jika ada peluang mcm ni lain kali, jangan tanya saya, sbb kalau nda tanya pun saya orang pertama yang akan turut serta...
nah..tingu la pic2 yang sempat saya ambil masa karnival ni..

penceramah tengah berucap saya pulak siuk2 p depan ambil pic..hihi saja mau tingu audience bah..
hah..siapa yang ada masalah mengenai pendidikan sila la berjumpa dengan saya hihi..
sudut tepi kiri dan kanan yg besar montel ni junior DSM juga pelajar baru dan kedua2nya dari berasal dari negeri dibwh bayu..kumpulan yang menjayakan karnival bersama.Dari kiri: budak kici, dayang, ema, halim, saya dan jefri..

alamak!..nda perasan pulak sistem upload corrupt..tingu bhgn bwh pic ni nda nampak kaki..
potret yang menjadi kebanggaan saya..Tun Dr Mahathir Mohammad tokoh negara yang saya sanjungi..

pic bersama 2 artis AF1 iaitu suami isteri Khai dan Rosma..best la dorang ni..cukup sporting dan mesra terhadap orang ramai..suami isteri ni juga datang ke karnival untuk mempromosikan institusi tempat di mana mereka study..saya ambil kesempatan kacau2 dorang haha..

bah..saya out dulu..masih banyak pula tugasan saya belum siap..saya ni kdg2 cuai juga..lalai urang bilang..babai..


p/s: Karnival Pendidikan MARA peringkat Kebangsaan disiarkan secara langsung menerusi RTM 1dan 2 dalam segmen Malaysia Hari Ini (MHI).

No comments:

Post a Comment