(sambungan dari ~my second life~ part 1)
selepas beberapa hari.......
Tak sampai seminggu aku rasa sesak nafas..aku dibawa oleh kakak pergi ke hospital kuala penyu pula.kakak yang bekerja sebagai nurse mendaftarkan aku ke sana..aku rasa teruk..berdiri pun tak mampu..sesak nafas..aku hanya bermalam dlm wad tu cuma beberapa jam sebelum di usung menaiki ambulan pergi ke hospital quenn..dalam kepala aku ada mcm2 soalan masa tu..
sekali lagi aku dimasukkn ke hospital quenn.tapi kali ini dalam bahagian wad kritikal..aku tertidur dan selepas tersedar,aku langsung tak ingat apa2..di sebelah kanan dan kiri ada pesakit yang tak ku kenali terbaring tak bergerak..dah mati!.owh!napa aku ble berada di sini????tiba2 aku tersenyum sendiri..mungkin semua sudah selesai.aku sudah mati!.aku cuba bangun dan duduk termenung memerhatikan dua orang di sebelah aku..sah!mmg betul2 dah mati..tapi aku heran kenapa aku boleh bergerak?aku cuba bersiul..ada bunyi pula..aku dgr pintu di buka dan seseorang masuk..kamu dah bangun?perkataan bangun itu la yg mengejutkan aku..rupanya aku belum mati..saat tu la rasa sakit dtg semula.doktor yang masuk tadi memberikan sedatif..baru aku rasa tenang semula.walaupn dlm keadaan separuh sedar aku masih sempat berfikir...ke mana lagi selepas ini?..
sejak itu bermula lagi 1fasa baru dlm hidup aku sebagai penghuni wad..tubuhku sekali lagi dijadikan bahan ujian..aku hanya merelakan doktor2 membuat kerja mereka.hos yg besar2 di masukkn ke dalam perut aku.aku dapat melihat bagaimana kemera kecil berfungsi di dalam perut aku..nampknya ada sedikit luka pada usus besar.dlm proses ini blm ada result diperolehi..aku cuma nak tau apa sakit aku..1 ketika rusukku ditebuk..doktor nak berikan ubat bius tapi aku tak nak.aku nak tengok sendiri macmna mereka buat kerja..melalui skrin aku boleh melihat paru2 aku digenangi darah.patut la sesak nafas..hos dimasukkn melalui lubang yg ditebuk utk menyedut darah d sekitar paru2 aku.darah tsb dibotolkn dan di hantar ke makmal untuk diuji..kemudian lubang ditutup semula dan aku pn terus tidur..
esoknya aku dihantar ke SABAH MEDICAL CENTRE-SMC,untuk mmbuat scanning..mesin tu tak ada di quenn..aku masih mampu berjalan sendiri..di SMC,aku diberikan 4liter air.GILA!mcmna aku nak abiskn air gitu byk hnya dlm masa sejam?..sudah la sesak nafas..aku cuba minum perlahan2..herannya ble abis juga..rasa kembung perut pulak..kemudian aku di bawa ke dalam bilik scanning (CT SCAN)..aku dibaringkan dalam mesin tu..betul2 mcm dlm filem sains fiksyen..kaki dan tangan ditusuk jarum dan air yang aku minum tadi brfungsi utk mengalir di setiap urat saraf aku.aku dpt rasakan byk sudut dalam tubuh ku tersumbat..dan ini adalah resultnya..[A CT scan of the chest/abdomen for fleural effusion(R) on16th may 2008 revealed thrombosis in the main pulmonary artery and areas of infarction noted in both lower lobes.there is also extensive thrombosis of the portal vein and proximal parts of splenic and superior mesenteric veins was seen..ANA was (+) but dsANA was (-)..suspecting has primary ANTIPHOSPHOLIPID SYNDROME(APLS).Anticardiolipin AD result is pending]..apa semua ni???..nampaknya sakit aku terlalu kritikal..urat sumbat sana sini..bila2 masa boleh diserang STROKE!..syukur otak aku masih berfungsi dgn baik..aku kembali ke quenn dan esoknya kaki aku ada masalah pula..sebelah kiri,dari tapak kaki hingga pangkal peha membengkak.ganjil aku nmpak sepasang kaki aku time tu 1 besar mcm tiang rumah..masalah nya tak ble berjalan..aku dimasukkn ke dalam wad 'akut',iaitu wad utk pesakit yang nazak..toksah kira la berapa ramai yg 'JALAN' time tu.aku buat biasa je..mati ada la urusan TUHAN..herannya bila aku minta supaya mati kaki aku semakin sembuh pulak.kejap je dah susut balik..aku dgn selamba keluar dari wad tu dan balik ke wad asal aku.
aku ingatkn semua sudah berakhir..sekali lagi aku sesak nafas..kali ini disertai dengan sakit perut yang teramat sangat..seingat aku(my mummy ckp)3minggu aku koma.bernafas hrp bantuan oksigen je.dlm tempoh tu aku tak pernah makan apa2.tubuh semakin susut..ya,aku dapat rasakan waktunya sudah tiba untuk aku 'pergi'..
dlm keadaan sedar aku ckp dgn mak,"mak biar la aku mati"..dan aku dpt melihat mak menangis..aku tak sanggup melihat dan terus tutup mata..saat tu sama ada percaya atau tidak(sebenarnya aku tak percaya langsung time tu)seseorang yg tak pernah aku terfikir datang dan menemani aku sebentar..'dia' senyum dan berkata,"berehat la...kau takkn pergi kemana2...aku akan datang semula untuk kau"..dan ketika itu la aku sedar dan tak lagi sesak nafas..aku membuka alat2 oksigen dan duduk termenung.aku tanya mak,"siapa yang datang tadi?"mak cakap tiada siapa2 yg dtg..aku pn mcm biul2 terus melayan perasaan..BETUL KAH 'DIA'??..mls aku nak fikir byk time tu..esoknya perut aku sakit lagi..makanan blm ada yg dapat ditelan..semua saraf perut tersumbat..ubat diberi tak berkesan..aku minta supaya disuntik morfin..power jg dadah tu..terus pengsan..sedar semula sakit perut dtg,morfin lg jawapnya.pengsan semula..begitu la setiap kali bila dtg sakit perut,aku akan minta suntikan morfin..tapi bila aku fikir balik,morfin boleh merosakkn tubuh,terutamanya otak aku berhentikan ubat tu..nanti ketagih payah pulak nak berenti..ada 1 fasa lg yang aku terpaksa lalui..buat BMA/BME-iaitu pembedahan utk megambil air dan tulang sumsum..aku tak byk cakap terus sign borang dan jalankn pembedahan serta merta..sakit..ketika isi dan tulang ditebuk,kemudian air sumsum disedut seluruh tulang dalam tubuh aku rasa ngilu dan pedih.dan kemudian proses untuk mengambil tulang pula,ya,mmg sakit..tapi tak ada yg perlu ditakutkan..tulang dan air sumsum aku diambil dan dihantar ke hospital besar kuala lumpur..
result akan sampai dalam masa sebulan tapi hingga sekarang aku tak tau hasilnya..sementara menunggu result aku meneruskan rawatan seperti biasa utk mengurangkan/mencairkan darah yg tersumbat dalam saraf perut aku..aku tak mahu di suntik di bahu kerana terlalu sakit hingga ada kesan terbakar..2kali suntik setiap hari.last2 aku minta suntik di perut je sebab perut yang sakit..sebenarnya badan aku sudah lali dengan suntikan..bila disuntik aku masih boleh ketawa dan senyum.mana taknya kalau nurse muda2 tu pegang perut aku,aku rasa geli la..hihi..sebenarnya byk saat tak terduga yg berlaku tapi aku tak dapat nak ingat semuanya.tapi aku rasa ceta ni mmg dah tersusun dlm otak aku..setelah di bilang semuanya,tahun 2008 adalah tahun malang aku.tapi tahun 2008 juga adalah tahun bertuah aku..semua peristiwa ini telah mempertemukan aku dengan 'DIA'..'ANGEL' yang membuka hati aku untuk lebih mengenalinya...
tamat ~my second life~ part 2
Now i'm well and my FBC has completely normalized,but I still would need to followed up and I will need a long term of WARFARINIZATION-warfarin tablets
terima kasih kepada mak aku yg setia menemani aku selama 6bulan lebih terlantar di hospital..aku tak tahu dengan cara apa aku harus membalas kasih sayangmu terhadap anakmu ini yang sentiasa menyusahkan..kepada ayah,jasamu akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku.selagi aku masih bernyawa aku akn berusaha untuk membalas budi kalian..kepada kakak,adik2ku aku tau kamu semua risaukan aku..saudara mara jauh dan dekat,kawan2..aku tau aku masih hidup atas doa2 kalian..terima kasih kepada semua persatuan2 sukarelawan/kebajikkan,kebaktian atas derma2 ikhlas yang kalian berikan..sesungguhnya aku menyusun 10 jari menadah tangan ke hadrat ilahi memohon doa agar kalian semua diberkati..amin...
dan kepada 'ANGEL',aku tetap percaya,kerana 'kau',aku 'hidup' semula..aku akan sentiasa bersama mu..
story from : "THE SECRET OF HSCHA"
terima kasih kepada mak aku yg setia menemani aku selama 6bulan lebih terlantar di hospital..aku tak tahu dengan cara apa aku harus membalas kasih sayangmu terhadap anakmu ini yang sentiasa menyusahkan..kepada ayah,jasamu akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku.selagi aku masih bernyawa aku akn berusaha untuk membalas budi kalian..kepada kakak,adik2ku aku tau kamu semua risaukan aku..saudara mara jauh dan dekat,kawan2..aku tau aku masih hidup atas doa2 kalian..terima kasih kepada semua persatuan2 sukarelawan/kebajikkan,kebaktian atas derma2 ikhlas yang kalian berikan..sesungguhnya aku menyusun 10 jari menadah tangan ke hadrat ilahi memohon doa agar kalian semua diberkati..amin...
dan kepada 'ANGEL',aku tetap percaya,kerana 'kau',aku 'hidup' semula..aku akan sentiasa bersama mu..
story from : "THE SECRET OF HSCHA"
No comments:
Post a Comment