" I am struggling with something that is controlling me under its power. It is very powerful, beyond my imagination, and I have never overcome once since the very beginning. I prayed a thousand of times; I have been trying my best to go away and get over it and still I am. In the end, it doesn't even matter because I believe in the future. One day ... one day, very soon, I am going to be a winner. It is the ghost inside of me. For some reason or another, I made it to act that way. For the same reason and in the same way, I will make it disappear." It inspires me. HSCHA.

Monday, June 6, 2011

~my second life~ part 1

Jom sharing......

Seingat aku,dah lebih 3 tahun masa berlalu..tapi sampai sekarang aku tak tau apa dan dari mana puncanya..bukan aku tak pernah cari..klik je internet mmg dah ada jawapannya..tapi kenapa aku???.aku tak pernah minta semua ni berlaku pada aku..tapi aku redha kalau mmg aku yang dipilih..aku terima semuanya..
1st time aku rasa sakit yang amat sangat.kalau tak silap aku semuanya bermula sekitar pertengahan bulan januari 2008..demam biasa kononnya sebelum di diagnosis sebagai denggi fever..tapi diagnosis tsb meleset sama sekali..sejak dari hari tu la aku mula menjadi penghuni wad hospital beaufort.
mmg sakit sangat tapi aku tak rasa apa2 pn..aku hanya membiarkan tubuh aku dicucuk dengan segala macam peralatan hospital..tiap hari darah diambil..hos di sambung di sana sini..hanya glucose yang menjadi sumber tenaga aku time tu.sekali lagi aku di diagnosis sebagai malaria.juga meleset..saat tu la aku semakin teruk.sakit kepala yang hanya aku dan Tuhan saja yang tahu..doktor pn aku nampak macam mahluk asing je masa tu.mana taknya kalau dia byk tanya..kau kenapa?kau kenapa?sepatutnya doktor tu kan lebih tahu..apa guna nak ambil darah aku setiap hari?..
aku rasa saat utk mati aku sudah tiba time tu.akhirnya result darah aku yang di hantar ke queen elizabeth sampai..aku diberikan ubat yang sesuai..selepas tu dah ok sikit.aku diberitahu oleh doktor yang merawat aku bahawa darah aku bermasalah..darah putih (pletelet) aku setiap hari berkurangan.tapi aku rasa semakin sihat dan selepas hampir 3 bulan,aku minta kebenaran utk pulang..
pagi ahad,selepas mandi aku melihat cermin dan aku terkejut kerana mata kanan aku dipenuhi darah.herannya aku masih boleh melihat..aku kembali ke hospital dan di tahan lagi buat kali kedua.tapi makin teruk dan kemudian aku dirujuk ke hospital quenn..di quenn aku di rujuk kepada pakar mata.aku pasrah sekiranya aku menjadi buta ketika itu..tetapi penyakit tu masih boleh disembuhkan..tapi datang lagi masalah.pendarahan gusi pula berlaku.darah yang tak mau berhenti keluar..rasa takut sangat apabila keluar pula darah dari celah2 kuku..aku terfikir apa pula ujian  untuk aku kali ini.[1st presented to Quenn Hosp in april 2008 with THROMBOCYTOPENIA(aku tak tau apa benda ni time tu)was treated as ITP-idiopathic thrombocytopenic purpura,initially but subsequent investigations don't reveal a different disorder-ni la bentuk laporan yg doktor tunjukkn dgn aku]..aku tak lalu utk makan.mcmna aku nak makan kalau asyik telan darah sendiri?badan aku semakin susut.aku hanya berharap pada air yang masuk ke dalam tubuh aku.
aku di berikan darah putih(plasma darah) utk menggantikan darah(platelet) aku yang sentiasa hilang.ada satu ketika tak ada langsung darah putih dalam tubuh aku.doktor yang merawat juga terkejut.pelbagai ubat di uji untuk merawat aku..aku rasa tubuh aku cuma di jadikan bahan ujian untuk menguji ubat-ubatan pada masa tu.ada ketika aku marah kerana perbuatan doktor yang melampau..aku menolak ubat yang aku dapat rasa takkn mungkin dapat merawat aku.aku pula mengsyorkan agar di beri ubat yang lebih kuat.dadah!.dan berjaya memberhentikan pendarahan hanya 1 malam..aku hanya di tahan selama 2 minggu.aku lalu dibenarkan pulang...(sila ikuti  ceta ni dlm ~my second life~part 2)


Story from : "THE SECRET OF HSCHA"


No comments:

Post a Comment