" I am struggling with something that is controlling me under its power. It is very powerful, beyond my imagination, and I have never overcome once since the very beginning. I prayed a thousand of times; I have been trying my best to go away and get over it and still I am. In the end, it doesn't even matter because I believe in the future. One day ... one day, very soon, I am going to be a winner. It is the ghost inside of me. For some reason or another, I made it to act that way. For the same reason and in the same way, I will make it disappear." It inspires me. HSCHA.

Thursday, June 2, 2011

FREEDOM

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ.........still cannot sleep...
..............beban dalam otak masih berlambak..tak dapat nak berhenti berfikir..mungkin sbb tu la aku still tak dapat tido..arrrrhh...tak baik mengeluh kan?.so,entri apa aku nak buat lagi yek?..kita ceta ttg kebebasan.nak tak?.emm..maksud bebas ni banyak tapi aku ambil 1 je..kebebasan bersuara..aku nak mengutarakan sedikit pendapat..mungkin persepsi aku ni tak sama atau korang boleh sangkal.atau mungkin juga ini adalah rasa tidak puas hati aku terhadap sesuatu perkara..tapi,aku ulangi..ini hanya pendapat aku semata-mata..kalau ada yang terasa,aku terlebih dahulu minta maaf..
Aku masih ingat lagi dlm sekitar pertengahan 2004,ada akhbar tempatan mana entah yang komen bahawasanya Utopia High(buku komik kegemaran aku) adlh sebuah 'komik lucah' sbb ada adegan seorang budak remaja berusia sekitar 13-15 tahun ni tertayang punggung dia.lepas tu kat muka surat belakang dia pulak,ada tunjuk cover album placebo,sleeping with ghosts yang ada tayang sisi payudara wanita..anyway,biar aku ulang lagi sekali,eh?'komik lucah'??..
berani aku cakap,apa yang penulis(akhbar) tu faham ttg istilah 'lucah'?apa yang mendefinisikan sesebuah material itu sebagai bahan 'lucah'?adakah kerana dia tunjuk bahagian tertentu yang tak ketara sangat?habis tu filem arahan Yasmin Ahmad,Gubra yang diklasifikasikan "U" ada yang tayang benda lebih kurang sama jugak,macam mana?filem lucah?macam mana pula dgn klip video seksi2 maut yang MTV mainkan setiap hari terus ke rumah anda?penulis akhbar tu sendiri patut fikir,kartunis sebagai pengkarya komik pun tahu ada batas2 adat dan sensitiviti.jadi,takkan la kartunis nak terbitkan 'komik lucah' pulak?kalau kartunis paparkan sesuatu mcm ilustrasi yang kita nampak dalam majalah heavy metal gitu,ya..itu layak la jugak dicop sebagai 'komik lucah' secara umumnya di Malaysia ini..**aku adlh penyokong kartunis Malaysia**

sayangnya,bukan penulis akhbar tu sorang je yang beranggapan mcm tu.ada 'sesetengah pihak' kat luar sana pun merasakan mcm tu jugak.lagi teruk bukan takat unsur seksual je.bagi diorang segala unsur ganas(walaupun tangan robot yang putus),seram(sbb tahyul),penayangan tatu,mencarut('bodoh'pun tak boleh),negativiti(org jht menang) serta rokok dan dadah harus diharamkan jugak biarpun ia disuntik dgn kritikan.sebagai contoh;kau buat sebuah karya anti rokok dgn menunjukkn perokok tu mati sbb kanser,kau tak boleh tunjuk langsung dia hisap rokok dlm mana2 adegan meskipun untuk penubuhan plot..'sesetengah pihak' tu bkn saja nak bahan perosak ni digam dari panel2 komik,malah kalau boleh nak anggap ia seolah-olah tak wujud langsung.bercakap pasal seram,siapa sebenarnya yang hidup dalam ketahyulan ni?

aku sebagai pembaca,penggemar komik btl2 kecewa dgn mentaliti ini.mcmna la kita nak wujudkan  'budaya saing' kalau kita tak bergrada depan mcm ni?hmmmm..masalahnya,industri komik Malaysia masih kecil lagi.terlalu kecil sampai aku rasa tak layak pun dipanggil industri.tapi kalau blm sempat nak buka langkah pun kita dah dipaksa ikut aturan yang entah apa benda ni,mcmna kita nak tempa nama komik tanahair di peta dunia?aku pun tak fhm apa masalah 'sesetengah pihak' ni.aku rasa diorang sebenarnya cuma nak perjuangkan moraliti habis2an untuk kepentingan peribadi je.mungkin nakkan perhatian lebih untuk meletakkn diri mereka sebagai golongan yang releven dlm masyarakat..tapi sori cakap la..you guys can definitely go to hell...

masalah 1 lagi kat sini ialah para pembaca tak tahu wujudnya kekangan sebegini.diorang tengok komik malaysia dan diorang terus laungkan kepicikan realitinya(karakter,situasi dan pengakhiran semua baik2 belaka).tapi aku tak salahkan pembaca.'sesetengah pihak' ni pun tak pernah nak khabarkan syarat2 yang diorang buat tu kat umum.mungkin diorang takut sbb tak pernah konsisten?mungkin...sbb setakat ni aku perasan kebanyakkn penapisan yang dibuat lebih mengikut 'sedap rasa' dan 'mood' peribadi dari fakta yang kukuh.sebagai contoh;seperti yang pernah di alami oleh kartunis.adegan cium tak boleh,tapi peluk boleh pulak.kemudian peluk masih kekal boleh kecuali atas dasar pakwe makwe.last2 peluk berlainan jantina mmg tak boleh walaupun imej yang dipaparkan adalah antara abang dan adik.

lagi 1 masalah ialah mcmna kita sendiri nak tapis gambaran sebegitu?untuk kartunis tempatan mungkin pihak penerbit boleh la bagi peringatan secara terus.tapi mcmna pulak dgn 'manga' yang hampir semuanya diimport setelah sekian lama ia diterbit kat jepun?idea paling best yang pernah di bagi kpd kartunis ialah cuba 'regangkan' pelukan dua watak dlm sesebuah panel tsb pada jarak secukupnya.ya..mmg tu la yang diarahkan secara harfiahnya..aku tak faham sbb memikirkn betapa bodoh dan tak logiknya menatang tu..

that said,aku tetap setuju dgn kewujudan penapisan.sbb aku rasa setiap benda yang melibatkan kreativiti tu perlu ada sempadan dan hadnya.cuma aku terfikir sikit la pasal kewibawaan si penapis tu...mcmna diorang buat ketetapan terhadap konteks yang diorang nak tetapkan,yang aku rasa kebanyakkannya telah 'bunuh' kreativiti seterusnya menutup 'periuk nasi' para kartunis..
aku pernah tengok kat tv temubual  di antara seorang kartunis dgn si pengacara..si kartunis bertanya kpd si pengacara kenapa kat tv semua boleh ditayang benda2 sebegitu?jawapannya sempoi je,.."oh..tu medium lain..lain ceritanya"..sayangnya diorang tak pernah jelaskan apa yang lainnya pasal 'cerita' tu..apa yang aku tau...,mcm komik,MTV turut disasarkan untuk golongan yang sama..iaitu REMAJA..

huarghhh..akhirnya feel untuk tido mari juga...apapun jangan la salah anggap dengan komen panjang aku ni..ini hanya pendapat aku..kalau aku tak luahkan aku akan gila..hihi..mohon maaf sekali lagi..sekian..

No comments:

Post a Comment