" I am struggling with something that is controlling me under its power. It is very powerful, beyond my imagination, and I have never overcome once since the very beginning. I prayed a thousand of times; I have been trying my best to go away and get over it and still I am. In the end, it doesn't even matter because I believe in the future. One day ... one day, very soon, I am going to be a winner. It is the ghost inside of me. For some reason or another, I made it to act that way. For the same reason and in the same way, I will make it disappear." It inspires me. HSCHA.

Thursday, July 21, 2011

jom pilih kita dikelompok mana..

...ni tidak ada kena mengena dgn Criminal Law hari ni..Minggu depan kena pulak berhadapan dgn satu kes yang membabitkan kes rogol..tentang tu biar dulu..ni aku nak share something yang mungkin kita semua terlepas pandang, lupa atau tak pernah terfikir langsung..siapa nak kawin?..ahaa..jom baca..

Kebelakangan ini media massa sering kali memaparkan berita-berita yang berkaitan dengan kemerosotan ikatan sosial dan institusi kekeluargaan masyarakat kini. Kes-kes seperti rogol, sumbang mahram, liwat, pembunuhan, ragut dan konsert liar yang menganjurkan seks bebas sangat kerap dipaparkan dan seakan suatu perlakuan yang lali pada masa kini.eh?..mcm kes criminal pulak dah..nevermind..
Lets go through..Tujuan perkahwinan ialah menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang akhirnya berfungsi memperindahkan kehidupan yang dibina. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan.
Namun, ikatan perkahwinan ini dilihat tidak lagi sebagai pendukung tujuannya yang asal bahkan wujud pelbagai tujuan dan sebab-musabab lain yang membayangi tujuan institusi kekeluargaan itu dijalin.Tiba2 topik kawin pulak daa..hihi..takpe la kan..
hemmn…. Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat perkahwinan,
hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan?
Cuba kita lihat… dan manakah pilihan kita?

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ‘SEX’, maka pasangan akan rajin bertengkar jika ‘servis’ di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di ‘SEX party’.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan (ikatan) bakal bubar jika muflis.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ‘BEAUTY/BODY’, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang (pasangannya) berubah tingkah lakunya.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada TUHAN, sesungguhnya TUHAN itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluk-NYA. Dan TUHAN mencintai hamba-NYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tiada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai TUHAN…”

Alangkah moleknya kehidupan sekiranya maksud ikatan pernikahan atau perkahwinan itu adalah kerana TUHAN semata-mata. TUHANlah yang menjadikan sarwajagat dan isi kandungannya. Isi kandungannya yang terdiri daripada manusia yang dipilih dan dijadikan hanyalah untuk beribadat kepada-Nya.

Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan itu merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan.


Jika diberi pilihan, aku ingin masuk dalam kategori 'lengkap'..bila dah kawin tentulah nak menikmati hak zahir dan batin sebaiknya.seks, anak, harta, rupa paras, keperibadian dan semestinya cinta..namun apakan daya...segala apa dalam dunia ni tidak didatangkan dengan pakej. Jadi aku sebagai manusia yg nak menikmati pakej tu kenalah berusaha mendapatkan dan mengekalkannya sebaik mungkin. walau apa pun..pilihan yg terbaik adalah cinta kepada TUHAN dengan sesungguhnya..bahagia dunia dan akhirat..Aminnnn..
  
* kamu pulak?…nak berada dalam kelompok mana? tentukan sekarang…

No comments:

Post a Comment