" I am struggling with something that is controlling me under its power. It is very powerful, beyond my imagination, and I have never overcome once since the very beginning. I prayed a thousand of times; I have been trying my best to go away and get over it and still I am. In the end, it doesn't even matter because I believe in the future. One day ... one day, very soon, I am going to be a winner. It is the ghost inside of me. For some reason or another, I made it to act that way. For the same reason and in the same way, I will make it disappear." It inspires me. HSCHA.

Sunday, February 27, 2011

Campus Today...

Hari ini,27hb 2,2011
Bangun awal tak tahu nak buat apa.Boring betul lah….
Sudahnya saya mandi dan terus turun ke bawah untuk membeli akhbar..Sebenarnya saya sedang mencari bahan2 cerita untuk di masukan/tambahkan dlm tugasan (assignment-Organizational Behaviour)..minggu depan dah nak hantar.Susah betul lah nak cari isu2 (masalah di tempat kerja) ni..lepas tu nak kena cari penyelesaian pula..
Tgh syok membaca,saya tertarik dengan satu isu baru ni.Demontrasi yg berlaku ketika pilihan raya kampus 2011/2012 yg diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 23febuari lalu.
Hehe…lain di cari lain pula yg di temui..
Pada saya,mahasiswa mesti menjaga akhlak..
Jom kita share..

Apakah sebenarnya yg mahu dibuktikan oleh sekumpulan pelajar promahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) yg menimbulkan kekecohan sehingga beberapa org cedera  di universiti itu baru2 ini?
     Pada saya,kekecohan yg khabarnya berlaku selama 17jam itu bkn semata-mata memprotes tindakan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM membatalkan kemenangan 11 calon promahasiswa (pro-M),tetapi mungkin ada sebab lain.
     Jika tidak masakan kerosakan akibatnya agak memeranjatkan.selain beberapa org termasuk pengawal keselamatan UPM sendiri cedera,kerosakan harta benda juga bkn sedikit.kejadian itu kini menjadi kes polis.
     Paling mendapat kesan adalah imej UPM sendiri.Ekoran daripada demontrasi tsb,ia sedikit sebanyak telah menjejaskan imej dan reputasi UPM yg mana universiti ini antara yg terbaik di dunia.Bagi org luar,agaknya begitulah cerminan sikap buruk bakal pemimpin masa depan kita.
     Di manakah kualiti kepimpinan dan keintelektualan lepasan menara gading jika demikianlah cara mereka menyelesaikan masalah?
     Jika akhlak diambil kira,adakah begitu akhlak bakal pemimpin masa depan Negara?
Sudah pasti ada dalang di sebalik kedangkalan tindakan kebudak-budakan itu.atau mereka terikut-ikut dgn gelagat kelompok tertentu di luar sana yg hanya nampak tindakan  berdemontrasi dan ganas yg boleh menyelesaikan masalah.Jika begitulah halnya,cetek benar pemikiran kumpulan pelajar terbabit.Walau apapun masalah dan kemusykilan yg timbul ekoran pilihan raya kampus,proses penyelesaian sepatutnya bersifat tertib dan matang.
     Tidak dinafikan mungkin ada kesilapan tertentu yg menyebabkan kemenangan 11 calon promahasiswa itu dibatalkan.Atau mungkin juga kekalahan mereka adalah tulen.Kesemua itu boleh dirungkai secara harmoni dan bkn dgn cara membuat kecoh.
Saya fikir pihak universiti selepas ini harus berlapang dada dan lebih terbuka dalam mendengar dan menyelesaikan masalah yg timbul.
    Manalah tahu pada pilihan raya kampus akan datang,masalah dan penyelesaian kekecohan yg berlaku di UPM akan menjadi iktibar atau panduan kpd IPTA lain pula.Bersifat tertib dan manerima penjelasan sepatutnya menjadi budaya golongan terpelajar.Menerima kelemahan sendiri dan bangkit memperbaikinya juga adalah amalan terpuji.Begitulah sepatutnya sentiasa terpahat pada pemikiran bakal pemimpin Negara ini selain melancarkan demontrasi yg bkn2.
     Sedarkah kumpulan yg berdemontrasi itu?.Di hadapan siapakah mereka menunjukkan perangai buruk itu?.Bukankah sasaran kemarahan mereka ialah pendidik dan pemimpin universiti mereka sendiri?.Jika marah sekalipun,hormatilah mereka sebagai org yg lebih dewasa.
     Bukankah tempat mereka menunjuk perasaan itu di tempat mulia di mana ilmu dan ilmuwan menjadi paksi,dan bknnya pasar.Di pasar sekalipun org ramai masih tertib dalam tawar menawar.
     Sedarlah bahawa proses demokrasi telah pun dilaksanakan di UPM dan IPTA lain.Ada yg menang dan ada yg kalah.Kumpulan yg menang kita ucapkan tahniah dan kepada yg kalah pula tentu ada sebabnya dan kita mahu mereka tetap berkhidmat walaupun tewas.
     Calon-calon yg bertanding seharusnya menoleh kembali tujuan mereka bertanding.
Mereka menawarkan diri untuk memimpin dan berkhidmat.Walau apapun label yg di bawa sama ada proaspirasi,promahasiswa atau tiada label langsung,perjuangan hakiki adalah untuk menjadi perantara di antara pihak universiti dengan pihak pelajar dalam menyelesaikn permasalahan pelajar.Di hadapan mereka adalah pelajar-pelajar lain yg menunggu dengan harapan perkhidmatan org yg mereka pilih.
     Kepada mereka yg berdemontrasi,jangan fikir mereka disokong 100% oleh penyokong2.Sudah pasti ada yg menyesal memilih mereka disebabkan perlakuan buruk itu.Lihatlah akibatnya.Kemenangan mereka sepatutnya disyukuri tetapi lain pula masalah yg timbul.
     Kepada mereka yg terbukti terbabit dalam kekecohan di UPM itu,mereka sudah pasti akan diambil tindakan tegas oleh pihak universiti.Jika begitulah keadaannya,sia-sialah kemenangan yg diperolehi..Jadi,siapa yg rugi?..fikirkanlah kembali..

No comments:

Post a Comment